Ayman al-Zawahiri
Ayman al-Zawahiri

Ayman al-Zawahiri

Ayman Mohammed Rabie al-Zawahiri[1] (Bahasa Arab: أيمن محمد ربيع الظواهري‎  ʾAyman Muḥammad Rabīʿ aẓ-Ẓawāhirī ; lahir 19 Jun 1951) ialah seorang ulama Mesir[2] dan pemimpin al-Qaeda sekarang.[3] Sebelum ini, beliau merupakan "amir" kedua dan terakhir Jihad Islam Mesir, setelah mengambil tempat Abbud al-Zumar sebagai amir ketika kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas al-Zumar. Isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam bedilan Amerika Syarikat di Afghanistan pada tahun 2001, ekoran serangan 11 September di Amerika Syarikat. Pada 2 Mei 2011, beliau dianggap sebagai pemangku ketua al-Qaeda ekoran kematian Osama bin Laden.[4] Hal ini disahkan oleh kenyataan akhbar daripada al-Qaeda pada 16 Jun.[3] Selepas kejadian 9/11, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran $25 juta untuk sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan al-Zawahiri.[5]al-Zawahiri dilaporkan mempunyai kelayakan doktor bedah; sewaktu pertubuhannya bergabung dengan al-Qaeda pimpinan bin Laden, beliau menjadi penasihat dan tabib peribadi bin Laden. Beliau mula-mula berjumpa dengan bin Laden di Jeddah pada tahun 1986.[6] Kefahaman aqidah dan sejarah Islam oleh al-Zawahiri tampak radikal sekali. Beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris[7][8] dan Perancis. Sebagai ahli atau sekutu al-Qaeda, beliau dikenakan sekatan seluruh dunia oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB.[9]Pada tahun 1998, al-Zawahiri secara rasminya menggabungkan Jihad Islam Mesir ke dalam al-Qaeda. Menurut laporan oleh seorang bekas ahli al-Qaeda, beliau pernah bekerja dalam pertubuhan al-Qaeda semenjak penubuhannya lagi dan merupakan salah seorang ahli majlis syura al-Qaeda. Beliau sering disifatkan sebagai "leftenan" Osama bin Laden, walaupun periwayat lantikan bin Laden menggelar al-Zawahiri sebagai "dalang sebenar" al-Qaeda.[10]

Ayman al-Zawahiri

Pekerjaan Ulama,
ketua al-Qaeda
Ibu bapa Mohammed Rabie al-Zawahiri (bapa)
Umayma Azzam (ibu)
Pasangan Azza Ahmed
(k. 1978–2001, kematiannya)
Anak 6 (3 hidup)[petikan diperlukan]
Kelahiran (1951-06-19) 19 Jun 1951 (umur 68)
Maadi, Kaherah, Mesir
Pendahulu Osama bin Laden

Rujukan

WikiPedia: Ayman al-Zawahiri http://edition.cnn.com/CNN/Programs/people/shows/z... http://www.csmonitor.com/2001/1031/p6s1-wosc.html http://books.google.com/books?id=PDDIgWRN_HQC&pg=P... http://landing.newsinc.com/shared/video.html?freew... http://www.fbi.gov/wanted/wanted_terrorists/ayman-... http://www.memri.org/bin/latestnews.cgi?ID=SD20220... http://www.un.org/Docs/sc/committees/1267/tablelis... http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-137885... http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/pak...